Friday, July 18, 2008

Demokrasi vs Demontrasi

Salam para2 bloggers,

Topik ini jarang sekali untuk dibincangkan. Bagi saya sebagai penulis alam maya ini merasakan adalah waktu yang sesuai kita mengungkapkan apakah kebenaran disebalik demokrasi dan demontrasi. Adakah ini berkait rapat atau menjadi alat manusia untuk hidup.

Demokrasi ialah sistem yang telah diterima pakai oleh segenap pelosok dunia. Ialah dikatakan sebagai kuasa rakyat kerana semua wakil pemimpin ini dipilih oleh rakyat. Dengan adanya pilihanraya semua rakyat yang merasakan mereka adalah yang berhak menjadi wakil rakyat akan masuk bertanding untuk pemilihan oleh rakyat. Jadi mereka yang menang akan bergelar wakil rakyat sebab mereka mewakili sesuatu kawasan yang ditandingininya. Wakil rakyat pula memilih ketua negara melalui pemilihan diantara wakil rakyat. Yang mendapat undi paling tinggi diantara wakil rakyat maka dialah yang akan menjadi ketua negara.

Malaysia Demokrasi Berparlimen
Malaysia mengamalkan konsep ini seperti UK. Dimana Raja menjadi ketua negara dan Perdana Menteri menjadi ketua kerajaan. Terdapat pelbagai jenis lagi bentuk sistem demokrasi ini jadi saya amatlah berharap para blogger mengkaji sendiri jenis2 demokrasi ini. Tetapi atas konsep demokrasi Raja hanya dibenarkan memegang jawatang tinggi dari Institusi Agama dan Tentera sahaja yang lainnya dipegang oleh Perdana menteri sebagai ketua ekskutif. DiMalaysia sistem kehakiman diletakkan diantara Raja dan PM. PM bertindak sebagai penasihat Raja keatas segala tindak tanduk oleh badan kehakiman. Raja mempunyai kuasa keatas badan kehakiman ini.

Diatas tiket demokrasi inilah rakyat berpeluang memilih wakil rakyat mereka siapa yang mereka suka dan tidak suka. Bagi yang menang akan bergelar Yang Berhormat dan tidak menang akan kembali menjadi rakyat biasa. Apa yang saya ingin tonjolkan ialah dari sistem demokrasi inilah wujud pula demontrasi. Kenapa wujud demontrasi kerana mereka yang menang akan mengadakan demontrasi menyambut kemenangan wakil rakyat mereka dan juga bagi yang kalah akan membuat demontrasi ketidakpuashatian kekalahan mereka kepada pihak lawan. Ini biasa kita tengok di luar negara. Tetapi di Malaysia demontrasi ini adalah salah disisi undang2 kalau tidak mendapat permit. Tetapi adakah kita tengok demontrasi ini sudah menjadi kebiasaan rakyat negara kita. Membuat demontrasi disana sini, apakah tujuannya menegakkan benang yang basah atau menumbangkan kerajaan sediaada. 5 tahun sekali Malaysia akan mengadakan pilihanraya membentuk kerajaan baru. Setiap tahun piliharaya ini kita akan tengok semua parti akan bersiap sediia bertempur bagaikan pendekar berhujah disana sini diatas pentas dialah yang layak menjadi wakil rakyat mereka. Ini adalah soalan yang saya usulkan keatas pembaca

Demokrasi vs Demontrasi = Demontrasi
Demontrasi vs Demokrasi = Demokrasi

Jadi 2 perkataan ini adalah berkait rapat. Demokrasi bukan sistem yang sempurna kerana banyak masalah yang akan timbul jika tidak diuruskan dengan betul dan cekap. Pihak lawan akan menggunakan kesempatan ini untuk meruntuhkan kerajaan sediaada dengan kealpaan dan kecuaian kerajaan. Akan banyak musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan dan baling batu sembunyi tangan akan terjadi kerana demokrasi akan membawa duit sebagai senjata ampuh untuk menandingi senjata mulut dan adakalanya senjata mulut ini lebih tajam dari pedang. Tetapi kalau digabungkan kedua2 senjata ini ia akan jadi seperti bom nuklear. Dan pada hari ini kita melihat kedua senjata ini menjadi ampuh apabila dijadikan senjata untuk membunuh karier wakil rakyat diMalaysia ini. Diseluruh pelusuk dunia ini tidak lari dari perkara ini, Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila perkara ini berlaku akan muncul pula lawan kepada demokrasi ini iaitu demontrasi. Tetapi demontrasi adalah senjata yang paling terakhir akan diguna pakai kalau kalah dengan 2 senjata tersebut.

Demontrasi Malaysia,
Apabila kita melihat dari sudut negara kita demontrasi digunakan untuk membantah dan mengkritik. Demontrasi yang terbesar pernah berlaku dinegara kita ialah sewaktu Malayan Union hendak ditubuhkan. Ketika itu berjuta rakyat malaysia keluar dengan aman membantah kewujudan MU tersebut( Pada ingatan penulis). Demontrasi boleh digunakan kearah kebaikan dan keburukan. Bagi penulis kes MU tersebut sebagai kebaikan dan kes Hindraf kearah keburukan. Ada banyak demontrasi yang kita lihat dikaca TV dan dizaman ini demontrasi yang paling ganas ialah sewaktu kes DSAI ini. Disini kita sudah lihat rakyat malaysia sudah menggunakan demontrasi sebagai senjata terakhir untuk menentang kerajaan pada masa itu dan kini. Kenapa demontrasi ini berlaku. Adakah kerajaan pada masa kini lembap dan lemah.

Kenapa rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan masakini. Apa sebenarnya persoalan rakyat yang harus diungkai oleh kerajaan. Adakah rakyat sudah mula sedar akan senjata demontrasi ini. Paling dekat kita boleh lihat di indonesia apabila demontrasi jalanan digunakan untuk menjatuhkan Presiden Indonesia. Adakah rakyat malaysia ingin menggunakan senjata tersebut untuk menjatuhkan kerajaan sediaada. Disebalik demontrasi di indonesia kita sudah lihat akibat demontrasi tersebut. Adakah mendatangkan kebaikan atau keburukan. Ada pro dan kontra disebaliknya. Tak perlula penulis menulis panjang apa yang terjadi. Anda semua boleh menilainya.

Soal pokoknya, Adakah rakyat sanggup menggunakan demontrasi sebagai jalan terakhir untuk menjatuhkan kerajaan yang sediaada hasil pilihan rakyat di PRU12 yang lepas. Adakah rakyat bersedia untuk menanggung kesan besar keatas penggunaan senjata tersebut. Kita fikirkan2 sendiri apakah kita akan mencapai objektifnya.Bagi penulis rakyat sudah bijak untuk tidak menggunakan demontrasi sebagai jalan terakhirnya ini dibuktikan di PRU12 kerana tidak nampak sangat demontrasi yang boleh menggugat ketenteraman negara dan kestabilan negara berbanding 1998 demo. Saya berharap sangat supaya rakyat malaysia tidak memilihnya sebagai senjata ampuh tapi sebaliknya menggunakan demokrasi iaitu pilihanraya untuk menentukannya.

P/S: Tulisan ini adalah pandangan peribadi dan faham kebanyakan isi ini tidaklah kompetitif kepada pembaca, hanya sekadar luahan. Inikan alam maya.

2 comments:

azlishukri said...

sangat menarik tulisan saudara ini..saya link blog saudara.

iq2020 said...

Terima kasih saudara azli.. ini hanya pandangan peribadi saya.. mungkin tidak lengkap tetapi atas keprihatinan saya terhadap apa yang berlaku masa kini saya beri pandangan saya yang tidak seberapa ini