Saturday, June 14, 2008

Fitnah vs Fitna

Tulisan Syed Hussein Alattas ; Fitnah vs Fitna

Tersenyum saya sepeti simpul malu ataupun senyum kambing apabila melihat tulisan syed yang penuh mendalam dan penuh erti ini. Keterangan lanjut sila baca sendiri ya.. Saya hanya mengulas apa yang hendak disampaikan oleh beliau mengenai isu fitnah & fitna ini.

Orang islam(Khususnya melayu) memang sejak beratus ratus tahun dahulu mempunyai sifat yang tidak boleh dielakkan ini bah kan sifat ini sememangnya sudah menjadi sarang bagi orang2 islam itu sendiri. Mungkin sedar atau tidak kita memang sekarang dikelilingi oleh perasaan fitnah ini dikalangan kita.. dimananya ?? Sekeliling rumah (jirang2), Tempat kerja ( rakan sekerja), Rumah ibadat (masjid) dan disekeliling kita.. Apakah anda perasaan sifat fitnah ini timbul di sekeliling anda mungkin yang perasaan atau sengaja buat tak faham atau ambil berat tentang ini.

Untuk mengubah kembali orang islam ini sekelip mata agak mustahil, jauh sekali menghilangkan sifat fitnah ini dikalangan orang2 islam tapi sekurang2 dapat mengurangkan pun jadilah.. Siapkah yang bertanggung jawab dalam usaha untuk mengurangkan masalah ini... kerajaan??.. para ahli ulama?? para pendidik?? atau rakyat sendiri. Adakah cara terbaik atau ada mekanisme yang boleh menjadi kan perkara ini harapan baru untuk orang2 islam.

Kita sedia maklum keadaan global sekarang ini ISLAM dipandang hina dan disepak terajang oleh dunia barat disebabkan kisah pengganas islam ini. Sampai bila kita mahu dipanggil atau dilabelkan sebegini rupa. Banyak negara2 islam kita ketahui masih berperang sesama sendiri akibat salah faham mengenai islam itu sendiri masing mengatakan mereka lah yang betul dan benar. Agak2 sampai bila ya kita harus menghadapinya?? Uhh sakit dan tak terperi pedihnya bilamana agama islam kita dicerca dan dimaki sebegini rupa.. Itu ialah masalah global yang berlaku pada hari ini.

Apa pula yang didalam Malaysia ini... apa yang berlaku... apa yang terjadi .. dimanakah hala tuju melayu ketika ini.... kenapa kisah politik ini telah menyebabkan perpecahan orang2 melayu dan bercakaran sesama sendiri .. dimana kah islam di hati melayu sekarang ... di dalam otak? didalam siku?? didalam lutut atau di hati? dimanakah semangat orang melayu islam kini... Semua dunia tahu dulu sejarah melayu adalah bangsa yang agung dan bijaksana mempunyai sejarah hebat seluruh dunia.. Tapi mengapa kini.. melayu layu..... seperti matahari dikala senja.. suram seperti tidak bermaya lagi... Sebab sandiwara politik sedang meracuni minda dan rakyat malaysia .. disebabkan fahaman politik dan islam berbeza2 ini juga lah menyebabkan orang2 islam berpecah diseluruh dunia....

Apa yang perlu dilakukan sekarang ini... dimana orang bijak pandai?? cendiakawan? professor? doktor? ahli ulama? ustaz? imam? PHD? dialam manakah mereka berada sekarang.. masih lagi terapung di dunia kemewahan atau dari atas pokok hingga ke atas pagar..... masih menunggu masa sesuai atau takut hendak kedepan..... Orang melayu menunggu kedatangan anda untuk menyatukan kembali orang2 melayu ini yang sudah hanyut tersesat diperut2 bumi dan terpinggir di sisa gaung yang hanya menunggu untuk diselamatkan .. ini semua adalah gara2 fitnah didalam politik pada hari ini..... politik + fitnah adalah senjata cukup berbahaya, halus dan tajam seperti duri yang sedang menyiat2, mencucuk dan melapah orang2 melayu dikala ini..

Apa sudah jadi??? masyallah... bilakah kita akan lihat kesudahan ini .. mahukan orang melayu ini melihat kesudah yang telah berlaku seperti sejarah kejatuhan melaka, kejatuhan singapura, kejatuhan johor dan kejatuhan beberapa kerajaan lain di sumatra dan jawa... dan yang paling hiba ialah kejatuhan khalifah islam itu sendiri...... Bilakah agaknya perkara ini akan berakhir atau akan terus terjadi hingga bumi ini kiamat.... sampai bila .. sampai bila.. kita harus dijelmakan berita yang sedih dan duka lara ini...

Aduhai ..... Ya Allah!!! Ya Rasullah .. kumohon kepadamu ... berikan lah kami semua kekuatan diri dalam menghadapi situasi yang amat genting dan malang ini untuk kami semua mengharungi saat yang penuh liku dan onak duri ini.... Berikan lah kami jalan yang terang untuk kami terus terus menempuh ke arah kedamaian dan kebahagian di dunia ini dan mendapat rahmat di akhirat kelak.... Amin.


Untuk tatapan pembaca semua..

4 comments:

azlishukri said...

jika kita kembali menghayati al-Quran dan sunnah, nescaya hal-hal seperti ini tidak terjadi..

Anonymous said...

sedih dgn ulasan saudara.. sangat kurang isi.. sangat kurang intipati.. tsunami politik menyebabkan saudara rasa terpanggil untuk sama blogging.. seumpama lalang yg hanya mengikut kemana arah angin kuat bertiup.. apapun saya juga berfikir positif atas keinginan saudara untuk sama berjuang hujung keyboard sana.. saudara hanyalah picisan yang menghambur kata seperti cebisan utama yang hanya melihat dan memperinci usaha.. saudara.. walk the talk..

iq2020 said...

Terima kasih atas ulasan saudara Muhamad azli dan karama waliya... Saya akan kemaskinikan penulisan saya dan memperbaiki lagi ... menceburkan diri dalam bidang penulisan ini memang memerlukan kata yang bersifat klasik dan sastera yang agak mendalam. Ini adalah kali ketiga saya membuka blog saya yang lepas2 dah kene takeover.. maklumlah macam2 hal dah berlaku saya malas nak ungkit kisah dahulu.

Apapun saya akan teruskan penulisan saya dan memberi pandangan yang lebih telus dan ikhlas...

Salam hormat

NieZearm said...

Mungkin pemimpin lupa or terlalu sibuk dengan isu2 lain macam:-

http://niezearm.blogspot.com/2008/07/kereta-sape-ni.html