Friday, July 18, 2008

Demokrasi vs Demontrasi

Salam para2 bloggers,

Topik ini jarang sekali untuk dibincangkan. Bagi saya sebagai penulis alam maya ini merasakan adalah waktu yang sesuai kita mengungkapkan apakah kebenaran disebalik demokrasi dan demontrasi. Adakah ini berkait rapat atau menjadi alat manusia untuk hidup.

Demokrasi ialah sistem yang telah diterima pakai oleh segenap pelosok dunia. Ialah dikatakan sebagai kuasa rakyat kerana semua wakil pemimpin ini dipilih oleh rakyat. Dengan adanya pilihanraya semua rakyat yang merasakan mereka adalah yang berhak menjadi wakil rakyat akan masuk bertanding untuk pemilihan oleh rakyat. Jadi mereka yang menang akan bergelar wakil rakyat sebab mereka mewakili sesuatu kawasan yang ditandingininya. Wakil rakyat pula memilih ketua negara melalui pemilihan diantara wakil rakyat. Yang mendapat undi paling tinggi diantara wakil rakyat maka dialah yang akan menjadi ketua negara.

Malaysia Demokrasi Berparlimen
Malaysia mengamalkan konsep ini seperti UK. Dimana Raja menjadi ketua negara dan Perdana Menteri menjadi ketua kerajaan. Terdapat pelbagai jenis lagi bentuk sistem demokrasi ini jadi saya amatlah berharap para blogger mengkaji sendiri jenis2 demokrasi ini. Tetapi atas konsep demokrasi Raja hanya dibenarkan memegang jawatang tinggi dari Institusi Agama dan Tentera sahaja yang lainnya dipegang oleh Perdana menteri sebagai ketua ekskutif. DiMalaysia sistem kehakiman diletakkan diantara Raja dan PM. PM bertindak sebagai penasihat Raja keatas segala tindak tanduk oleh badan kehakiman. Raja mempunyai kuasa keatas badan kehakiman ini.

Diatas tiket demokrasi inilah rakyat berpeluang memilih wakil rakyat mereka siapa yang mereka suka dan tidak suka. Bagi yang menang akan bergelar Yang Berhormat dan tidak menang akan kembali menjadi rakyat biasa. Apa yang saya ingin tonjolkan ialah dari sistem demokrasi inilah wujud pula demontrasi. Kenapa wujud demontrasi kerana mereka yang menang akan mengadakan demontrasi menyambut kemenangan wakil rakyat mereka dan juga bagi yang kalah akan membuat demontrasi ketidakpuashatian kekalahan mereka kepada pihak lawan. Ini biasa kita tengok di luar negara. Tetapi di Malaysia demontrasi ini adalah salah disisi undang2 kalau tidak mendapat permit. Tetapi adakah kita tengok demontrasi ini sudah menjadi kebiasaan rakyat negara kita. Membuat demontrasi disana sini, apakah tujuannya menegakkan benang yang basah atau menumbangkan kerajaan sediaada. 5 tahun sekali Malaysia akan mengadakan pilihanraya membentuk kerajaan baru. Setiap tahun piliharaya ini kita akan tengok semua parti akan bersiap sediia bertempur bagaikan pendekar berhujah disana sini diatas pentas dialah yang layak menjadi wakil rakyat mereka. Ini adalah soalan yang saya usulkan keatas pembaca

Demokrasi vs Demontrasi = Demontrasi
Demontrasi vs Demokrasi = Demokrasi

Jadi 2 perkataan ini adalah berkait rapat. Demokrasi bukan sistem yang sempurna kerana banyak masalah yang akan timbul jika tidak diuruskan dengan betul dan cekap. Pihak lawan akan menggunakan kesempatan ini untuk meruntuhkan kerajaan sediaada dengan kealpaan dan kecuaian kerajaan. Akan banyak musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan dan baling batu sembunyi tangan akan terjadi kerana demokrasi akan membawa duit sebagai senjata ampuh untuk menandingi senjata mulut dan adakalanya senjata mulut ini lebih tajam dari pedang. Tetapi kalau digabungkan kedua2 senjata ini ia akan jadi seperti bom nuklear. Dan pada hari ini kita melihat kedua senjata ini menjadi ampuh apabila dijadikan senjata untuk membunuh karier wakil rakyat diMalaysia ini. Diseluruh pelusuk dunia ini tidak lari dari perkara ini, Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila perkara ini berlaku akan muncul pula lawan kepada demokrasi ini iaitu demontrasi. Tetapi demontrasi adalah senjata yang paling terakhir akan diguna pakai kalau kalah dengan 2 senjata tersebut.

Demontrasi Malaysia,
Apabila kita melihat dari sudut negara kita demontrasi digunakan untuk membantah dan mengkritik. Demontrasi yang terbesar pernah berlaku dinegara kita ialah sewaktu Malayan Union hendak ditubuhkan. Ketika itu berjuta rakyat malaysia keluar dengan aman membantah kewujudan MU tersebut( Pada ingatan penulis). Demontrasi boleh digunakan kearah kebaikan dan keburukan. Bagi penulis kes MU tersebut sebagai kebaikan dan kes Hindraf kearah keburukan. Ada banyak demontrasi yang kita lihat dikaca TV dan dizaman ini demontrasi yang paling ganas ialah sewaktu kes DSAI ini. Disini kita sudah lihat rakyat malaysia sudah menggunakan demontrasi sebagai senjata terakhir untuk menentang kerajaan pada masa itu dan kini. Kenapa demontrasi ini berlaku. Adakah kerajaan pada masa kini lembap dan lemah.

Kenapa rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan masakini. Apa sebenarnya persoalan rakyat yang harus diungkai oleh kerajaan. Adakah rakyat sudah mula sedar akan senjata demontrasi ini. Paling dekat kita boleh lihat di indonesia apabila demontrasi jalanan digunakan untuk menjatuhkan Presiden Indonesia. Adakah rakyat malaysia ingin menggunakan senjata tersebut untuk menjatuhkan kerajaan sediaada. Disebalik demontrasi di indonesia kita sudah lihat akibat demontrasi tersebut. Adakah mendatangkan kebaikan atau keburukan. Ada pro dan kontra disebaliknya. Tak perlula penulis menulis panjang apa yang terjadi. Anda semua boleh menilainya.

Soal pokoknya, Adakah rakyat sanggup menggunakan demontrasi sebagai jalan terakhir untuk menjatuhkan kerajaan yang sediaada hasil pilihan rakyat di PRU12 yang lepas. Adakah rakyat bersedia untuk menanggung kesan besar keatas penggunaan senjata tersebut. Kita fikirkan2 sendiri apakah kita akan mencapai objektifnya.Bagi penulis rakyat sudah bijak untuk tidak menggunakan demontrasi sebagai jalan terakhirnya ini dibuktikan di PRU12 kerana tidak nampak sangat demontrasi yang boleh menggugat ketenteraman negara dan kestabilan negara berbanding 1998 demo. Saya berharap sangat supaya rakyat malaysia tidak memilihnya sebagai senjata ampuh tapi sebaliknya menggunakan demokrasi iaitu pilihanraya untuk menentukannya.

P/S: Tulisan ini adalah pandangan peribadi dan faham kebanyakan isi ini tidaklah kompetitif kepada pembaca, hanya sekadar luahan. Inikan alam maya.

Saturday, June 14, 2008

Fitnah vs Fitna

Tulisan Syed Hussein Alattas ; Fitnah vs Fitna

Tersenyum saya sepeti simpul malu ataupun senyum kambing apabila melihat tulisan syed yang penuh mendalam dan penuh erti ini. Keterangan lanjut sila baca sendiri ya.. Saya hanya mengulas apa yang hendak disampaikan oleh beliau mengenai isu fitnah & fitna ini.

Orang islam(Khususnya melayu) memang sejak beratus ratus tahun dahulu mempunyai sifat yang tidak boleh dielakkan ini bah kan sifat ini sememangnya sudah menjadi sarang bagi orang2 islam itu sendiri. Mungkin sedar atau tidak kita memang sekarang dikelilingi oleh perasaan fitnah ini dikalangan kita.. dimananya ?? Sekeliling rumah (jirang2), Tempat kerja ( rakan sekerja), Rumah ibadat (masjid) dan disekeliling kita.. Apakah anda perasaan sifat fitnah ini timbul di sekeliling anda mungkin yang perasaan atau sengaja buat tak faham atau ambil berat tentang ini.

Untuk mengubah kembali orang islam ini sekelip mata agak mustahil, jauh sekali menghilangkan sifat fitnah ini dikalangan orang2 islam tapi sekurang2 dapat mengurangkan pun jadilah.. Siapkah yang bertanggung jawab dalam usaha untuk mengurangkan masalah ini... kerajaan??.. para ahli ulama?? para pendidik?? atau rakyat sendiri. Adakah cara terbaik atau ada mekanisme yang boleh menjadi kan perkara ini harapan baru untuk orang2 islam.

Kita sedia maklum keadaan global sekarang ini ISLAM dipandang hina dan disepak terajang oleh dunia barat disebabkan kisah pengganas islam ini. Sampai bila kita mahu dipanggil atau dilabelkan sebegini rupa. Banyak negara2 islam kita ketahui masih berperang sesama sendiri akibat salah faham mengenai islam itu sendiri masing mengatakan mereka lah yang betul dan benar. Agak2 sampai bila ya kita harus menghadapinya?? Uhh sakit dan tak terperi pedihnya bilamana agama islam kita dicerca dan dimaki sebegini rupa.. Itu ialah masalah global yang berlaku pada hari ini.

Apa pula yang didalam Malaysia ini... apa yang berlaku... apa yang terjadi .. dimanakah hala tuju melayu ketika ini.... kenapa kisah politik ini telah menyebabkan perpecahan orang2 melayu dan bercakaran sesama sendiri .. dimana kah islam di hati melayu sekarang ... di dalam otak? didalam siku?? didalam lutut atau di hati? dimanakah semangat orang melayu islam kini... Semua dunia tahu dulu sejarah melayu adalah bangsa yang agung dan bijaksana mempunyai sejarah hebat seluruh dunia.. Tapi mengapa kini.. melayu layu..... seperti matahari dikala senja.. suram seperti tidak bermaya lagi... Sebab sandiwara politik sedang meracuni minda dan rakyat malaysia .. disebabkan fahaman politik dan islam berbeza2 ini juga lah menyebabkan orang2 islam berpecah diseluruh dunia....

Apa yang perlu dilakukan sekarang ini... dimana orang bijak pandai?? cendiakawan? professor? doktor? ahli ulama? ustaz? imam? PHD? dialam manakah mereka berada sekarang.. masih lagi terapung di dunia kemewahan atau dari atas pokok hingga ke atas pagar..... masih menunggu masa sesuai atau takut hendak kedepan..... Orang melayu menunggu kedatangan anda untuk menyatukan kembali orang2 melayu ini yang sudah hanyut tersesat diperut2 bumi dan terpinggir di sisa gaung yang hanya menunggu untuk diselamatkan .. ini semua adalah gara2 fitnah didalam politik pada hari ini..... politik + fitnah adalah senjata cukup berbahaya, halus dan tajam seperti duri yang sedang menyiat2, mencucuk dan melapah orang2 melayu dikala ini..

Apa sudah jadi??? masyallah... bilakah kita akan lihat kesudahan ini .. mahukan orang melayu ini melihat kesudah yang telah berlaku seperti sejarah kejatuhan melaka, kejatuhan singapura, kejatuhan johor dan kejatuhan beberapa kerajaan lain di sumatra dan jawa... dan yang paling hiba ialah kejatuhan khalifah islam itu sendiri...... Bilakah agaknya perkara ini akan berakhir atau akan terus terjadi hingga bumi ini kiamat.... sampai bila .. sampai bila.. kita harus dijelmakan berita yang sedih dan duka lara ini...

Aduhai ..... Ya Allah!!! Ya Rasullah .. kumohon kepadamu ... berikan lah kami semua kekuatan diri dalam menghadapi situasi yang amat genting dan malang ini untuk kami semua mengharungi saat yang penuh liku dan onak duri ini.... Berikan lah kami jalan yang terang untuk kami terus terus menempuh ke arah kedamaian dan kebahagian di dunia ini dan mendapat rahmat di akhirat kelak.... Amin.


Untuk tatapan pembaca semua..

Friday, June 13, 2008

Tahap Rasuah Membimbangkan Negara??

Maklumat lanjut Forbes.com

Apa sudah jadi dengan Malaysia. Tetiba laporan rasuah di Malaysia semakin meningkat sejak akhir2 ini dari tahun 1996 rendah tetiba naik mendadak pada tahun 2006, Kalau masukkan tahun 2207 atau 2008 agaknya menaikkah lagi rasuah di Malaysia ini.

Apakah tindakan kerajaan untuk menangangi masalah ini. Kita tidak mahu Malaysia dilabelkan sebagai Kerajaan Rasuah seperti apa yang terjadi di Indonesia.. Dimana dari atas sampai bawah semua kaut makan tak sudah. Takkan Malaysia nak jadi seperti itu. Dimalaysia lebih dikenali sebagai ikan paus hingga ikan bilis istilah untuk perasuah dan penerima rasuah... huhuhu

Adakah laporan dari badan NGO di luar negara tepat dan betul?? atau dimana laporan NGO malaysia pula mengenai rasuah dinegara ini. Atau mereka tidak berani mengeluarkan laporan rasuah dinegara ini atau bagaimana?? Kita hendakkan laporan mengenai laporan rasuah ini dilaporkan oleh badan NGO dari luar negara dan didalam negara. Baru kita boleh compare apakah persamaan indeks di rasuah ini.

Rakyat tidak mahu laporan dari kerajaan atau badan NGO yang ada link dengan kerajaan. Laporan hendaklah telus dan benar bukan ditapis atau disekat. Jangan malu dengan laporan yang akan dikeluarkan oleh badan NGO ini. Naik atau turun tidak menjadi masalah tetapi apakah tindakan kerajaan untuk mengurangkan gejala rasuah ini dari terus menular dikalangan rakyat dan kerajaan.

Kepada ahli ahli dewan negara bincangkan masalah rasuah ini di dalam parlimen.. bagaimana hendak hendak membuat tindakan mengenai gejala rasuah ini bukan berperang mulut dan tuduh menuduh antara satu sama lain.. Fikirkan2 bagaimana perasaan rakyat apabila melihat ahli parlimen ini berperang mulut dari menyelesaikan masalah bersama2.

Cuba berbincang baik dari BN or BR untuk mencari punca dan tindakan yang perlu diambil supaya mengurangkan atau lagi baik menghapuskan gejala rasuah ini. Cari lah jalan penyelesaian dan apakah mekanisme yang perlu untuk mengelakkan dari pertambahan gejala rasuah dari menjadi hobi dan tabiat rakyat Malaysia ini khususnya Kerajaan Malaysia. Kita tak mahu lagi dengar Malaysia diantara negara rasuah yang tertinggi di Asia mahupun di dunia.

Renung2 kan lah

Kos Sara Diri Meningkat?

Salam dihormati,

Ramai rakyat malaysia sekarang ini sudah kelihatan resah dan runsing dengan kenaikan harga minyak. Adakah kos sara hidup rakyat malaysia akan meningkat.. Bagaimana pula dengan kenaikan harga barang keperluan dan makanan. adakah ini akan meningkatkan tekanan hidup yang sebelum ini tertekan... Dengan kenaikan seperti ini adakah rakyat malaysia akan sudah bersedia menghadapinya..

Apabila dengan kenaikan minyak global ini nak mendadak... apakah tanggungjawab oleh para politikus iniuntuk menstabilkan keadaan semasa.. apakah peranan mereka.. masih lagikah berperang sesama sendiri tatkala rakyat sedang menderita dan merana dengan kenaikan ini. Menuding jari diantara satu sama lain lagi.. dan tuduh menuduh antara satu sama lain... mengalihkan perhatian rakyat dengan pelbagai tuduhana dan tohmahan di media2 masa.

Apakah pihak politikus ini tahu apa yang sedang dihadapi... semua hanya pandai bercakap.. cakap tak serupa bikin tapi tak pernah pun terlaksana.. cakap2 orang politik ni baik BN bain BR sama sahaja.... kurang nampaknya tindakan dari mereka ini.... hanya tahu berperang mulut sahaja... Lihat lah apa yang terjadi di parlimen dan macam pasar malam jek .. kalau tak dikawal tak lama lagi macam parlimen taiwan kut...buat malu rakyat malaysia jek. dengan perangai sebegini baik BN baik BR.Masing2 nak tunjuk semua baik dan bagus.Masing2 nak tunjuk dialah pembela rakyat dan menjaga kebajikan rakyat.. Apa semua ini.... apa yang berlaku... Tak boleh kah ahli2 politik ini duduk satu bangku dan berbincang bagaimana nak selesaikan masalah rakyat sekarang ini.

Rakyat sekarang amat tertekan dengan kenaikan ini bertambah pula tertekan dengan suasana politik tak menentu ini. Adakah jalan penyelesaian untuk menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku pada hari ni .. Kata Gabenor BNM inflasi tak naik .. betui ka?? Kos sara hidup masih lagi ditahap rendah berbanding negara lain.. betui ka?? Kata penganalisis ekonomi dengan kenaikan minyak dapat meningkatkan ekonomi negara...betui ka?? Kata ahli politik minyak dah tak naik hingga tahun depan laratka malaysia ni?? Kata ahli politik yang lain pula minyak tak akan naik
tapi turun lagi mampukah beliau nak buat... bolehka?? Ekonomi Malaysia masih kekal ditahap selamat.. betuika?? Para peniaga boleh bertahan ka dengan kenaikan ini.. bolehkah mengekalkan harga yang sedia ada?? Adakah selepas ini rakyat mampu meneruskan hidup dengan pelbagai kenaikan yang akan dihadapi. Rakyat kelas atasan okla boleh lagi hidup.. Kelas
pertengahan dan bawah ini .. bagaimana nak jelaskan ... saya pun dah tak boleh nak menjelaskan .. kalau dah rasa baru tahu bagaimana keadaannya. seksa... perit.. dan amat pedih...
Rakyat sekarang bukannya bodoh macam dulu.. sekrang rakyat bijak dan pandai.... tahu menilai mana yang buruk mana yang baik... Takkan tak faham lagi masih lagi nak berselindungka....

Sedih melihat orang2 kampung bagaimana la mereka nak meneruskan kehidupan .. orang2 yang tinggal kat bandar pula tertekan dengan kos yang meningkat.. Nak cari kerja tambahan larat ka nak buat.... yang belum berkahwin mungkin tak terasa sangat.. yang dah berkeluarga ... aduhh.. terasa teramat..... Diharap pihak yang berkenaan bersatulah demi rakyat jelata dan ketepikan
permusuhan dan bersama2 bagaimana hendak meningkatkan taraf hidup rakyat malaysia terus. Merapatkan jurang ekonomi antara rakyat malaysia dan memperbaiki taraf sosi-ekonomi rakyat malaysia ini... Dengan adanya kerjasama antara semua pihak barulah dapat menrealisasikan impian rakyat selama ini...

Bagi saya tak kisah dari parti politik mana mereka nak pilih asalkan bijak menjaga kebajikan rakyat jelata.. Jangan tahu nak menghentam sana sini.. tuduh sana sini jaa.. Fikir2 kan lah sendiri wahai rakyat malaysia khususnya ahli politikus ini.....

Sekadar renungan bersama,

Wasalam

Thursday, June 12, 2008

Masa Depan Melayu

Salam yang dihormati,

Melayu, Adakah satu bangsa yang mudah lupa ?
Melayu, Adakah satu bangsa yang dengki ?
Melayu, Adakah satu bangsa yang penipu?
Melayu, Adakah satu bangsa yang tamak?
Melayu, Adakah satu bangsa yang haprak?
Melayu, Adakah satu bangsa yang pedengki?
Melayu, Adakah satu bangsa yang irihati?
Melayu, Adakah satu bangsa yang cemburu?
Melayu, Adakah satu bangsa yang lepa?
Melayu, Adakah satu bangsa yang malas?

Ini yang selalu timbul apabila membincangkan persoalan melayu dari dulu hingga sekarang. Adakah sikap sebengini akan melenyapkan melayu dari muka bumi ini. Kalau ikut kata hang tuah "Takkan Melayu Hilang Didunia".. Tapi kalau ada sikap seperti diatas... adakan kita akan hilang kuasa politik, kuasa raja2 dan kuasa melayu itu sendiri. Sampai bila kita akan jadi seperti diatas.

Sudah jenuh saya berjalan2 satu malaysia ini... Sikap diatas ialah sikap biasa yang kita dengar dan perbualkan di seluruh benak fikiran rakyat Malaysia. Adakah ia benar atau sekadar khayalan rakyat malaysia. Kerana sikap ini diperturunkan oleh nenek moyang kita dari zaman dahulu kala. Sekarang sudahpun menjangkiti generasi muda. Lihat sekarang apa sudah jadi dengan generasi muda kita hari ini..... sibuk berpolitik sana sini tapi kebanyakan hanya bekerja sebagai penganggur dari mempunyai kerja tetap atau berniaga. Kais pagi makan pagi, Kais petang sampai petang. Agak2 bilakah sikap sebegini dapat dikurangkan atau terus dihapuskan. Saya sebagai penulis juga ada sikap2 seperti diatas.. secara jujur saya katakan. Mengapa ia terjadi sebegini.... kekadang apabila ia tidak terkawal makin bertambah sikap2 yang lain. Nauzubillah....

Apa yang dapat saya rumuskan disini setelah mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah... barulah saya sedar saya sudah jauh dari Allah... beristigfar saya.... Kita leka dengan permainan duniawi... leka kerana berkawan dengan syaitan... kita leka2 segala2nya ....... Kita sebagai orang melayu yang beragama islam ..... rapatkan semula dengan Allah dan senantiasa bertaubat dengan apa yang sudah kita lakukan di dunia ini..... Hanya ingat kepada Allah baru kita ingat tujuan kita hidup didunia ini...... Hanya dengan cara ini kembali kepada Allah dapat menghakis sikap2 kita seperti diatas.....

Kita sudah jauh meninggalkan Allah...... kita sudah lepa apakah sebenarnya ajaran islam itu... jauh jauh sudah .. apatah lagi generasi muda kita pada hari ini.... Apa yang boleh kita lakukan untuk tidak menjadi penyakit sosial ini dari terus merebak.... Apakah peranan Kerajaan, NGO atau Pembangkang dalam hal ini... dimanakah tanggungjawab anda pada hari ini... Dimanakah anda sekalian dimana generasi muda meminta pertolongan untuk mengemudikan mereka kembali ke pangkal jalan ke jalan yang lurus.....

Apakah yang kita sedang lakukan ini .. merosakkan generasi muda dengan perkara2 diatas.... dimanakah kesedaran kita semua ... dimana? dimana?

Sekadar luahan hati penulis,

Wasalam

BN vs BR

Salam semua,

Anehnya sejak akhir2 ini banyak berita yang kita dengar ini amat menyakitkan hati dan menyebabkan rasa marah membuak2 dan rasa amat pedih di hulu hati kita tatkala tsunami politik melanda negara kita... Dengan keributan taufan ini apakah yang rakyat dapat.....?? pernahkah wahai saudara/saudari politikus malaysia ini apakah kesannya terhadap rakyat malaysia....

Sistem Demokrasi Berparlimen adalah satus sistem yang dibina khas untuk rakyat malaysia yang mempunyai berbilang kaum ini. Adakah dengan permainan politik ini akan menjerumus ke arah kehancuran negara Malaysia atau menyusahkan rakyat di segala pelusuk Malaysia. Jikalau dulu negara Malaysia aman damai sekarang kini sudah menjadi sedikit huru hara disebabkan tsunami politik yang tidak menentu ini.

Kestabilan politik menjamin kemajuan rakyat dan negara. Kunci ini dipegang oleh politikus ini. Kalau semua ahli politik asyik berperang sahaja dimana jaminan untuk rakyat hidup di alam era globalisasi ini. Yang padahnya rakyat lah yang menderita dan kesan ini akan memberi impak kepada generasi muda akan datang.

Diharap tsunami politik seperti ini tidak terjadi lagi di negara Malaysia yang tercinta ini. Jadikan sebagai pengajaran dan teladan kepada semua pihak. kita taknak jadi macam korea utara dan korea selatan dipisahkan oleh politik. Adakah itu yang ahli politik dan rakyat malaysia mahu. Sesekali jangan dan tidak bermain api .. kelak terbakar diri sendiri.

Kita insaf dan sedar apa yang berlaku sekarang.. Rakyat faham dan mengerti apa yang dihadapi sekarang. Jadi kepada yang bertanggungjawab sila lah selesaikan secepat mungkin dan fahamilah apa perasaan rakyat takkala ini... Sudah2 lah tu berpolitik tak akan kemana .. bukannya pun boleh dibawak ke dalam kubur... politik ada batasnya.

Kamu dipilih oleh rakyat untuk menjadi wakil rakyat untuk membantu rakyat.. bukan menyusahkan rakyat dengan permainan politik. Sama2 la bermusabahkan diri sendiri.. Tuhan maha melihat dan maha mendengar.. Wakil rakyat adalah hamba rakyat bukan tuan kepada rakyat. Jadikan lah anda wahai ahli politik sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakyat anda.

Sekian Wasalam

Blog : Power for New Tool

Salam hormat,

Terlebih dahulu saya syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat lah membuka hati saya membuat blog ini... Saya sebenanya tidak berminat dengan blog ini sebelum itu. Tapi sejak akhir2 ini saya terjaga dari lena apabila terjadi tsunami politik yang melanda Malaysia hari ini.

Jadi mulai hari ini keyboard akan mengantikan pen, perpustakaan akan digantikan dengan google, email menggantikan surat dan sms menggantikan telegram. Cukup canggih internet pada hari ini. Saya akan menggunakan kelebihan yang ada ini untuk kepentingan rakyat Malaysia khususnya memberi cadangan, pendapat, kritikan, komen dan sebagainya kepada Pemerintah dan Pengbangkang.

Samalah kita membangunkan rakyat Malaysia khususnya bangsa melayu kita yang sekarang agak terumbang ambing dengan tsunami politik yang melanda kita pada hari ini.

Wasalam