Thursday, June 12, 2008

BN vs BR

Salam semua,

Anehnya sejak akhir2 ini banyak berita yang kita dengar ini amat menyakitkan hati dan menyebabkan rasa marah membuak2 dan rasa amat pedih di hulu hati kita tatkala tsunami politik melanda negara kita... Dengan keributan taufan ini apakah yang rakyat dapat.....?? pernahkah wahai saudara/saudari politikus malaysia ini apakah kesannya terhadap rakyat malaysia....

Sistem Demokrasi Berparlimen adalah satus sistem yang dibina khas untuk rakyat malaysia yang mempunyai berbilang kaum ini. Adakah dengan permainan politik ini akan menjerumus ke arah kehancuran negara Malaysia atau menyusahkan rakyat di segala pelusuk Malaysia. Jikalau dulu negara Malaysia aman damai sekarang kini sudah menjadi sedikit huru hara disebabkan tsunami politik yang tidak menentu ini.

Kestabilan politik menjamin kemajuan rakyat dan negara. Kunci ini dipegang oleh politikus ini. Kalau semua ahli politik asyik berperang sahaja dimana jaminan untuk rakyat hidup di alam era globalisasi ini. Yang padahnya rakyat lah yang menderita dan kesan ini akan memberi impak kepada generasi muda akan datang.

Diharap tsunami politik seperti ini tidak terjadi lagi di negara Malaysia yang tercinta ini. Jadikan sebagai pengajaran dan teladan kepada semua pihak. kita taknak jadi macam korea utara dan korea selatan dipisahkan oleh politik. Adakah itu yang ahli politik dan rakyat malaysia mahu. Sesekali jangan dan tidak bermain api .. kelak terbakar diri sendiri.

Kita insaf dan sedar apa yang berlaku sekarang.. Rakyat faham dan mengerti apa yang dihadapi sekarang. Jadi kepada yang bertanggungjawab sila lah selesaikan secepat mungkin dan fahamilah apa perasaan rakyat takkala ini... Sudah2 lah tu berpolitik tak akan kemana .. bukannya pun boleh dibawak ke dalam kubur... politik ada batasnya.

Kamu dipilih oleh rakyat untuk menjadi wakil rakyat untuk membantu rakyat.. bukan menyusahkan rakyat dengan permainan politik. Sama2 la bermusabahkan diri sendiri.. Tuhan maha melihat dan maha mendengar.. Wakil rakyat adalah hamba rakyat bukan tuan kepada rakyat. Jadikan lah anda wahai ahli politik sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakyat anda.

Sekian Wasalam

No comments: