Friday, June 13, 2008

Tahap Rasuah Membimbangkan Negara??

Maklumat lanjut Forbes.com

Apa sudah jadi dengan Malaysia. Tetiba laporan rasuah di Malaysia semakin meningkat sejak akhir2 ini dari tahun 1996 rendah tetiba naik mendadak pada tahun 2006, Kalau masukkan tahun 2207 atau 2008 agaknya menaikkah lagi rasuah di Malaysia ini.

Apakah tindakan kerajaan untuk menangangi masalah ini. Kita tidak mahu Malaysia dilabelkan sebagai Kerajaan Rasuah seperti apa yang terjadi di Indonesia.. Dimana dari atas sampai bawah semua kaut makan tak sudah. Takkan Malaysia nak jadi seperti itu. Dimalaysia lebih dikenali sebagai ikan paus hingga ikan bilis istilah untuk perasuah dan penerima rasuah... huhuhu

Adakah laporan dari badan NGO di luar negara tepat dan betul?? atau dimana laporan NGO malaysia pula mengenai rasuah dinegara ini. Atau mereka tidak berani mengeluarkan laporan rasuah dinegara ini atau bagaimana?? Kita hendakkan laporan mengenai laporan rasuah ini dilaporkan oleh badan NGO dari luar negara dan didalam negara. Baru kita boleh compare apakah persamaan indeks di rasuah ini.

Rakyat tidak mahu laporan dari kerajaan atau badan NGO yang ada link dengan kerajaan. Laporan hendaklah telus dan benar bukan ditapis atau disekat. Jangan malu dengan laporan yang akan dikeluarkan oleh badan NGO ini. Naik atau turun tidak menjadi masalah tetapi apakah tindakan kerajaan untuk mengurangkan gejala rasuah ini dari terus menular dikalangan rakyat dan kerajaan.

Kepada ahli ahli dewan negara bincangkan masalah rasuah ini di dalam parlimen.. bagaimana hendak hendak membuat tindakan mengenai gejala rasuah ini bukan berperang mulut dan tuduh menuduh antara satu sama lain.. Fikirkan2 bagaimana perasaan rakyat apabila melihat ahli parlimen ini berperang mulut dari menyelesaikan masalah bersama2.

Cuba berbincang baik dari BN or BR untuk mencari punca dan tindakan yang perlu diambil supaya mengurangkan atau lagi baik menghapuskan gejala rasuah ini. Cari lah jalan penyelesaian dan apakah mekanisme yang perlu untuk mengelakkan dari pertambahan gejala rasuah dari menjadi hobi dan tabiat rakyat Malaysia ini khususnya Kerajaan Malaysia. Kita tak mahu lagi dengar Malaysia diantara negara rasuah yang tertinggi di Asia mahupun di dunia.

Renung2 kan lah

No comments: