Friday, June 13, 2008

Kos Sara Diri Meningkat?

Salam dihormati,

Ramai rakyat malaysia sekarang ini sudah kelihatan resah dan runsing dengan kenaikan harga minyak. Adakah kos sara hidup rakyat malaysia akan meningkat.. Bagaimana pula dengan kenaikan harga barang keperluan dan makanan. adakah ini akan meningkatkan tekanan hidup yang sebelum ini tertekan... Dengan kenaikan seperti ini adakah rakyat malaysia akan sudah bersedia menghadapinya..

Apabila dengan kenaikan minyak global ini nak mendadak... apakah tanggungjawab oleh para politikus iniuntuk menstabilkan keadaan semasa.. apakah peranan mereka.. masih lagikah berperang sesama sendiri tatkala rakyat sedang menderita dan merana dengan kenaikan ini. Menuding jari diantara satu sama lain lagi.. dan tuduh menuduh antara satu sama lain... mengalihkan perhatian rakyat dengan pelbagai tuduhana dan tohmahan di media2 masa.

Apakah pihak politikus ini tahu apa yang sedang dihadapi... semua hanya pandai bercakap.. cakap tak serupa bikin tapi tak pernah pun terlaksana.. cakap2 orang politik ni baik BN bain BR sama sahaja.... kurang nampaknya tindakan dari mereka ini.... hanya tahu berperang mulut sahaja... Lihat lah apa yang terjadi di parlimen dan macam pasar malam jek .. kalau tak dikawal tak lama lagi macam parlimen taiwan kut...buat malu rakyat malaysia jek. dengan perangai sebegini baik BN baik BR.Masing2 nak tunjuk semua baik dan bagus.Masing2 nak tunjuk dialah pembela rakyat dan menjaga kebajikan rakyat.. Apa semua ini.... apa yang berlaku... Tak boleh kah ahli2 politik ini duduk satu bangku dan berbincang bagaimana nak selesaikan masalah rakyat sekarang ini.

Rakyat sekarang amat tertekan dengan kenaikan ini bertambah pula tertekan dengan suasana politik tak menentu ini. Adakah jalan penyelesaian untuk menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku pada hari ni .. Kata Gabenor BNM inflasi tak naik .. betui ka?? Kos sara hidup masih lagi ditahap rendah berbanding negara lain.. betui ka?? Kata penganalisis ekonomi dengan kenaikan minyak dapat meningkatkan ekonomi negara...betui ka?? Kata ahli politik minyak dah tak naik hingga tahun depan laratka malaysia ni?? Kata ahli politik yang lain pula minyak tak akan naik
tapi turun lagi mampukah beliau nak buat... bolehka?? Ekonomi Malaysia masih kekal ditahap selamat.. betuika?? Para peniaga boleh bertahan ka dengan kenaikan ini.. bolehkah mengekalkan harga yang sedia ada?? Adakah selepas ini rakyat mampu meneruskan hidup dengan pelbagai kenaikan yang akan dihadapi. Rakyat kelas atasan okla boleh lagi hidup.. Kelas
pertengahan dan bawah ini .. bagaimana nak jelaskan ... saya pun dah tak boleh nak menjelaskan .. kalau dah rasa baru tahu bagaimana keadaannya. seksa... perit.. dan amat pedih...
Rakyat sekarang bukannya bodoh macam dulu.. sekrang rakyat bijak dan pandai.... tahu menilai mana yang buruk mana yang baik... Takkan tak faham lagi masih lagi nak berselindungka....

Sedih melihat orang2 kampung bagaimana la mereka nak meneruskan kehidupan .. orang2 yang tinggal kat bandar pula tertekan dengan kos yang meningkat.. Nak cari kerja tambahan larat ka nak buat.... yang belum berkahwin mungkin tak terasa sangat.. yang dah berkeluarga ... aduhh.. terasa teramat..... Diharap pihak yang berkenaan bersatulah demi rakyat jelata dan ketepikan
permusuhan dan bersama2 bagaimana hendak meningkatkan taraf hidup rakyat malaysia terus. Merapatkan jurang ekonomi antara rakyat malaysia dan memperbaiki taraf sosi-ekonomi rakyat malaysia ini... Dengan adanya kerjasama antara semua pihak barulah dapat menrealisasikan impian rakyat selama ini...

Bagi saya tak kisah dari parti politik mana mereka nak pilih asalkan bijak menjaga kebajikan rakyat jelata.. Jangan tahu nak menghentam sana sini.. tuduh sana sini jaa.. Fikir2 kan lah sendiri wahai rakyat malaysia khususnya ahli politikus ini.....

Sekadar renungan bersama,

Wasalam

No comments: